سلامت داتڠ ك ۏمكتبه توك ڬورو

Selamat Datang ke VMaktabah Tok Guru

Perpustakaan dan muzium merupakan salah satu sumber di mana orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis pengetahuan dan maklumat. Walaubagaimanapun, jarak dan masa merupakan salah satu faktor kurangnya sambutan orang ramai terhadap perpustakaan dan muzium.

VMaktabah Tok Guru adalah sebuah perpustakaan maya yang mengandungi bahan-bahan ilmiah seperti arkib gambar, eBook, eJurnal, eKoleksi Tesis, eKertas Kajian, eMajalah dan eManuskrip

VMaktabah Tok Guru adalah sebuah projek yang bergantung kepada sumbangan derma. Derma adalah dalam bentuk langganan yang dikumpulkan bagi tujuan pembangunan, royalti dan penyelenggaraan projek ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan teknologi telah menggalakkan orang ramai menggunakan internet sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Prihatin dengan situasi ini, Kerajaan Negeri Kelantan bersama Pupuk Nilai Murni Berhad telah melantik Incube Technology (M) Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah penyelesaian bagi pendidikan IT di Kelantan dan "VMaktabah Tok Guru" adalah salah satu daripadanya.

Objektif

  • Menyokong pembelajaran dan pendidikan untuk semua peringkat umur termasuk pelajar, pendidik dan penyelidik.

  • Memberi maklumat yang diperlukan untuk perbincangan di kalangan ulama-ulama islam.

  • Membina satu rangkaian bahan rujukan Islam dari pelbagai peringkat masyarakat.
   
 
 
 

 

Kaunter Pelawat:

hit counter

Kongsi halaman kami:

 

 

 

 

 

Advertisement